MyEduloan merupakan singkatan kepada MARA Education Loan Management System.
Dalam kata mudah, ianya merupakan sebuah portal atau sistem dalam talian yang dibangunkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menguruskan permohonan pinjaman pelajaran yang ditawarkan mereka.
Portal MyEduloan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk permohonan pinjaman serta semakan untuk permohonan pinjaman yang telah dilakukan.
Penggunaan portal ini selari dengan kemajuan teknologi di mana semua proses boleh diakses dan dilakukan di hujung jari sahaja.
Pihak MARA akan membuat hebahan dari semasa ke semasa mengenai program pinjaman yang ditawarkan.
Isi Kandungan tunjukMengikut rekod-rekod terdahulu, kadar bantuan atau pinjaman pelajara yang dikeluarkan oleh pihak MARA ditentukan berdasarkan kepada syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Walau bagaimanapun, jumlah pinjaman atau bantuan pelajaran yang diberikan oleh pihak MARA adalah bergantung kepada peruntukan kewangan MARA.
Sebelum membuat permohonan, sekiranya anda merupakan pemohon dan pengguna baru laman MyEduloan, anda perlulah mendaftarkan akaun anda terlebih dahulu.
Trending sekarangBerikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftarkan akaun anda di portal ini:
Nota: Sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan pengesahan email sila emailkan ke [email protected] untuk mendapatkan bantuan.
Selepas Berjaya mendaftar sila log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan di ruangan yang telah ditetapkan dan klik log masuk.
Setelah pelajar berjaya log masuk paparan Permohonan Online di atas akan dipaparkan sebelum pelajar mula membuat permohonan.
Pihak MARA akan membuat hebahan dan pengumuman mengenai pinjaman atau bantuan pelajaran yang dibuka untuk permohonan.
Anda hanya boleh membuat permohonan untuk satu program pada satu-satu masa dan sila baca dengan teliti syarat-syarat yang dinyatakan untuk setiap program pinjaman/bantuan yang dibuka untuk permohonan.
Sila rujuk fail Pdf di bawah untuk melihat manual penggunaan portal MyEduloan.